Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Sunday 23 June 2013

Jerebu vs Exam

gambar apakah ini?
Ni pemandangan KLCC.
huh,satu pun aku xnampak.bayang2 je.

info anda:
Apakah Jerebu?
Jerebu yang kelihatan di latar langit bandar kita disebabkan oleh zarah terampai di dalam atmosfera. Pada kepekatan yang tinggi, zarahan ini terserak dan menyerap cahaya matahari menyebabkan ketampakan mengufuk mengurang menjadikan atmosfera kelihatan pendar baiduri. Jerebu tidak hanya terbatas di kawasan alam sekitar bandar tetapi dicerap juga di luar bandar.
Zarah Jerebu - Asal Kejadiannya
Zarah yang menyebabkan fenomena jerebu berasal daripada pelbagai sumber, antaranya ialah semulajadi dan antropogen. Sumber semula jadi termasuklah lautan, hutan dan permukaan bumi. Walau bagaimanapun kebanyakan zarahan adalah daripada aktiviti manusia seperti pembakaran secara terbuka, pembukaan tanah, pengunaan kenderaan bermotor dan pembakaran bahan api di dalam dandang industri.
(sumber dari:Jabatan Meterologi Malaysia)
kawasan sekitar kolej Gemia
UiTM terengganu.

Gambar di atas ni merupakan kawasan di kawasan Kolej Gemia.Gambar ni ditangkap dari tingkat 3 blok Gemia 1 pada jam sekitar 6:00 petang tadi.Haila...pening sudah kepala ni.KL dan selangor sudah diisytiharkan cuti.Kan best kalau UiTM pun cuti sekali.Sekali juga tangguh tarikh exam yang bakal berlangsung pada 26 June 2013.Tinggal beberapa hari sahaja.

Haila...mimpi sampai ke bulan la cik Bulan ni kan?Tak apa,imaginasi kena tinggi sikit bak kata cik eira azmira. =)


p/s:Doakan saya tenang dalam menjawab peperiksaan nanti ya?Semoga dipermudahkan segala urusan.Aminn..  =D







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...