Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Wednesday 23 October 2013

mereka keluarga baruku

Assalamualaikum w.bt
Alahai dah pertengahan sem rupanya.Cepatnya masa berlalu.Baru rasa bahagia bersama roomate baru.Si Qhistina,Siti Zaleha dan Adda.Mereka adik-adikku even we are from the same age.A got a new title.Kak Long.How sweet they are. ^^

"Kak Long tolong ironkan baju."
"Kak Long,tolong ambilkan sos."
"Kak Long tolong buatkan air.hauslah."

Aku hanya mampu tersenyum dengan telatah mereka.Kadang2 dalam tengah marah pun boleh ketawa lihat perangai mereka.Gaduh2 sayang.Since mereka tau aku menulis,cepat je  Qhis dan siti warning pada aku."Miera,kau jangan buat cerita macam tu.Aku tahu kau buat,siap kau!"Dalam gurauan.Semuanya terjadi sejak mereka tonton cerita Cinta Jannah.Aku pun tak tahu mengapa.

"Hei,minta maaf dekat kak Long sekarang!"Kata Adda.Juga dalam gurauan.Dunia baru.Aku langsung tak pernah kecil hati.Even kasar macam mana pun mereka.

Malam ni mereka ada test.dalam tengah serabut,aku sengaja usik mereka.
"apa lagi aku nak bawa ye?"
"bawa apa.test je."
"Hish"
"Slip test tak nak bawa ke?"kataku.Siti kata,"slip test,ada pulak."
"habis tu.sibuk tanya.kad matrik,slip test."
"Dah la mira.malas aku layan kau."
aku tersenyum."bye2 adik-adikku."


Buat mereka,all the best aku ucapkan.

Miera,





Saturday 19 October 2013

kek coklat oren versi cik miera

Assalamualaikum w.b.t.

Baru je lepas sambut hari raya Aidiladha.Alhamdulillah...kawan2 ada yang berkorban?Tumbang lembu berapa ekor?Hehe..
Miera raya lepas tak sempat buat kek.Bukan tak sempat sebenarnya.Bahan-bahan tak beli pun.Bila tak buat ramai pula yang bertanya.'miera tak buat kek?'Abang iparku yang nombor 2 tanya.'Miera tak buat kek?'kakak iparku pula yang tanya soalan yang sama.'sara makan sampai habis kek Miera.'Alahai,kesiannya anak buahku yang sorang lagi tembam,lagi comel tu.Kakak ipar miera tanya lagi.'Miera guna coklat ke koko?'Jawabnya koko.

Sedap ke?Sedaplah kot,sampai raya Aidilfitri dulu 8 buku buat habis.Alhamdulillah..berkat ilmu yang mak turunkan.Dan secara automatik mak dah hadiahkan oven dekat rumah pada miera.Adik-beradik yang lain bukan guna pon.Miera je guna,dari membazir kan?
Kek apa?Kek coklat oren.Nak tahu resepi?Boleh... :D

Bahan-bahan:

2 cawan margerin
2 cawan gula halus
8 biji telur gred c
2 cawan tepung kek
6 sudu tepung gandum
serbuk koko (ikut kemahuan sendiri sukatannya)
perasa oren(miera guna sunkist je)
1/2 cawan susu pekat

cara:
1.pukul margerin dan gula sehingga kembang dan putih gebu.
2.masukkan telur sebiji demi sebiji.selang selikan pukulan dengan masukkan telur.
3.masukkan tepung kek dan tepung gandum sedikit demi sedikit.
4.bahagikan adunan kepada dua untuk 2 perasa dan pewarna yang berbeza.(koko dan oren)
5. 1 adunan dimasukkan serbuk koko.Jika anda suka pekat letakkan banyak sedikit.Jika adunan menjadi sedikit likat n keras masukkan susu pekat.
     1 adunan lagi gunakan untuk perasa oren.
6.masukkan adunan ke dalam loyang.selang selikan warna coklat dan oren .(tips mak miera gunakan sesudu demi sesudu untuk nampak cantik.tak payah ratakan nanti dia rata sendiri.)
7.bakar pada suhu 180' selama 45 minit.(Lihat selalu untuk elakkan hangus.Kalau nak tahu masak ke tidak,ambil lidi satay n cucuk pada tengah kek.kalau kering maknanya dah masak.)

ok,selamat mencuba. :D









Tinta Buat Dia


Tinta buat dia
ku persembahkn dari hati.
biarpun sakit yang aku rasa
hati ini masih tak mampu untuk membenci

tinta buat dia
dia yang kau pernah kuanggap sahabat
biar hati pernah terluka
selamanya kusimpan sebagai kenangan
semoga kau berbahgia dengan kehidupanmu.



Thursday 10 October 2013

i'm fashion disaster

Assalamualaikum w.b.t
Salam pagi,salam ceria untuk hari Jumaat ni.Alhamdulillah,dah hari jumaat .Hari ni i'm going back to Kota Tinggi untuk cuti pertengahan semester.Rindunya dekat mak.Rindu juga pada si kecil ,anak buah paling bongsu(setakat ni) Nur Qisha Qaisara.

Dalam sibuk mempacking pakaian untuk dibawa pulang,Miera ternampak pula cardigan purple yang baru dibeli.Terfikir pula cardigan tu nak pakai ke tidak.Maklumlah,Miera kalau ke kelas selesa pakai yang simple.Lagi2 bila tak ada mood nak iron baju kurung.Tiap kali ke kelas Miera yang paling menonjol pada pandangan kawan2.Miera ni fesyen disaster.Senang je jawapan yang miera bagi.Mana tidaknya,baju kurung sepasang kadang-kadang bukan Miera pakai sepasang terus.Baju kurung miera kenakan dengan dress labuh.Kain dia kan panjang.Kan jimat tak pakai iron kain dia.Kalau tak ada banyak baju kurung buatlah macam miera.Hehe..
Baju kurung miera macam ni.
Gedik kan tak nak pakai sepasang,
Pinjam pic dekat en.google
Long dress Miera.
Pinjam jugak dekat en.google.
Lain kali Miera up yang betul.

ni bukan cardigan purple miera.
pinjam je dekat en.google.
Cardigan miera labuh melepasi punggung.
^_^

Lepas ni mesti gempak.Haha..simple.tapi kawan2 cakap glamour kamu.Wah,lagi2 bila dikenakan dengan shawl yang bermotif or tudung.

Tengok,siapa cakap wanita bertudung tak tahu berfesyen.Boleh je nak berfesyen asalkan jangan melanggar hukum.Islam tu kan suci.^_^

Okeylah .Miera nak bersiap.Lain kali jumpa lagi.Assalamualaikum w.b.t


Saturday 5 October 2013

How annoying

Assalamualaikum w.b.t

Semalam ke Mesra Mall Terengganu kerana ada program bersama peers under persatuan Peers UiTM Terengganu.Peserta yang terlibat dalam program ni ialah Peers Degree yang mostly merupakan part 5 kerana ketiadaan junior & pelapis baru.



Aktiviti yang dilakukan ialah bowling.Most of us tak pernah main bowling.Aku pula antara manusia yang tak pernah sentuh bola bowling lalu penyumbang kepada kekalahan team kami yang disertai Adda,Qhis & Siti.Bila dah kalah tak tahu nak buat apa.Lastly kami ke karaokae.6 orang share duit sewa bilik karaoke.Kami enjoy nyanyikan lagu-lagu lama dan baru dari Backstreet Boys,Beast,Ainan Tasnim,Najwa Latif, dan banyak lagi.Kalau nak diikutkan  rasanya bilik kami yang paling hot sebab paling kuat n rancak.


But how annoying bila service di sini kurang memuaskan.Tak faham aku bila sesetengah peniaga kalau tak ikhlas nak layang customer tak payah buat bisnes.Lepas main bowling aku pergi ke tempat jual makanan dalam bowling center tu.Niat nak tambah order di layan macam tak nak.Boleh pula marah aku dan Adda.

 Kronologi:
Adda:Akak nak beli wafer peanut+coklat.
Penjual:Diam(tulis then buat wafer)
Aku:Akak nak tambah order,butter +peanut.
Penjual:(Diam.)
Wafer customer lain dah siap then serah pada dia.
Aku:(cakap lagi sebab tadi takut tak dengar)Akak nak tambah lagi.Wafer peanut+butter.
penjual:Tadi?(nada marah).Peanut 1,coklat 1.
Adda:bukan.Tadi saya order peanut campur coklat.Kawan saya ni order peanut campur butter.
Penjual:(buat muka)

How Annoying!Aku menyampah kalau ada orang macam ni.Masa tu aku rasa nak je cancel order semua.Baru padan muka dia.Tak boleh ke layang customer tu elok sikit.Kalu berniaga tak ikhlas baik tak payah.Buat sakit hati diri sendiri ,buat sakit hati orang lain.



Thursday 3 October 2013

hobi baru




kad 1


kad2







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...