Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Wednesday 18 September 2013

Pesan Mak

Waktu begini kawan-kawan mula sibuk bercakap tentang perkahwinan.Almaklum masing-masing bakal menamatkan dunia kampus tak lama lagi.Tak sabar rasanya menempuh alam pekerjaan.Ada pula yang kata akan berkahwin selepas grad.Alhamdulillah...lebih elok begitu.Tak perlu menunggu lama-lama.

Tentang aku pula,entahlah.Jodoh masih belum sampai.Duduk di tempat orang memberikan aku pengalaman.Pelbagai kerenah dan ragam manusia yang aku kenal.Aku teringat si dia.Aku ceritakan perihal si dia kepada mak.Kami tak pernah declare.Tapi aku selalu ingatkan pada diri aku 'adakah dia jodoh aku?'Bila dia menyepi aku sudah mula bosan.Apabila malas aku juga akan menyepikan diri di saat dia juga menyepikan diri.Malam ni dia menyepi kembali.Katanya sejak dia menyepikan diri dulu sehingga 2 bulan kerana ada masalah.Pada masa yang sama aku juga dilanda stress yang hebat.Sebagai pelajar,aku stress dengan masalah kawan dan pelajaran.

Aku pun malas mahu bertanya lanjut.Biarlah dia dengan masalahnya sendiri.Aku tidak mahu memberi dan menaruh harapan yang tinggi.Antara kami biarlah masa yang menentukan.

Kata mak,dia menerima siapa sahaja jodoh aku.Asalkan aku dijaga dengan elok seperti mak dan arwah abah menjaga dan mendidikku.Tapi kata mak,biarlah jodoh aku datang dari dan berasal dari negeri sendiri.Negeri johor.Lebih dekat dengan keluarga.Kerana semua keluargaku menetap di negeri Johor.


Ruang

Hakikatnya kehidupan,semakin lama kita berkawan dengan mereka.Semakin kita tidak kenali siapa dirinya dan apa yang di mahukannya.Dia lelaki.Yang sudah setahun lebih aku kenali.Perkenalan kami secara tidak sengaja.Dan tanpa sengaja dan tanpa disedari ,setiap kata-katanya memberi inspirasi dan harapan kepadaku.

Siapa aku di matanya?Orang yang terpentingkah?Orang yang disayangi?Sehingga panggilan sayang diberikan buat diriku.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...