Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Sunday 19 May 2013

siapa dia di hatiku

Pagi khamis yang lepas,dia  menghantar mesej kepada aku.Katanya minta aku untuk temankan ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan anak saudaranya di Shah Alam.Aku kata tak mahu kerana cuti aku hanya dua hari.Perjalanan dari Dungun ke Kuala Lumpur pula mengambil masa 1 hari.Penat.Dia masih berusaha setelah aku katakan tidak.Then dia cakap boleh bawa kawan.Nanti boleh ganti drive.Aku hanya tersenyum membalas kata-katanya.Hanya pesanan ringkas yang menghubungkan aku dengan dia.Dia cakap lagi,kalau tak nak penat naik flight.Huh,semata-mata mahu bertemu dengan aku sanggup menghabiskan duit untuk naik flight.

Aku tak mahu menyimpan harapan yang tinggi terhadap dia.Kini sudah setahun aku mengenali dia.Tapi aku tak pernah sekali pun berjumpa dengan dia.Seingat aku,dia kini berumur 29 tahun.Dan aku berusia 21 tahun.Begitulah jarak usia kami.Dia sering mengambil berat terhadap aku.Aku sendiri tidak pasti siapa kau di matanya.Entahlah.Pintu hatiku masih belum terbuka untuk menerima sesiapa di dalam hatiku.Aku hanya berserah kepada yang Maha Esa.Hanya Dia yang selayaknya menentukan semuanya untuk aku.In Syaa Allah,seandainya ada jodoh antara aku dia Alhamdulillah.Jika tidak,aku terima dengan sebaiknya.

LovEJaNnah with Eira azmira

Thursday 16 May 2013

aku dan novel

Ni sebahagian novel kesayangan aku.Ni novel ni aku simpan dekat kolej.Sebab kebanyakan novel aku beli di sini di Dungun.Nanti bila cuti abru aku nak bawa balik.Penat nanti dah cuti sem kena pindah barang.Aku duduk kolej dah lah tingkat atas sekali. Tingkat 3.Huh,penat kalau memunggah barang.

AKu dan novel memang tak dapat dipisahkan.Sehari aku boleh habiskan 2 buah novel.Tu pun kalau tak ada apa2 kerja yang perlu aku buat la.Semua novel yang aku beli berkaitan dengan cinta.Cinta dengan novel pun memang tak dapat dipisahkan.

Aku memang sangat sukakan novel.Setiap kali aku beli novel baru mesti aku akan sampul.Bagi tak rosak.Kalau ade orang nak pinjam aku mesti letak memo.

Jangan kotor
Jangan lipat
Jangan buka besar2.
Kalau buat apa2 yg boleh ROSAKKAN
buku ni,
sila GANTI baru.
NO DOUBT

Ni la ayat memo aku.Puncanya kau serik bila 2 buah novel aku hilang.Then yang lain ade yang rosak dan kotor.Yang sakit hatinya yang rosakkan novel tu bukan siapa2 pon.
Kakak sepupu aku jugak.Geram memang geram.Nak lepas tak boleh.Boleh tahan rasa ajelah.

Org kata sabar separuh dari iman.
^_^

LoveJannAh with eira azmira


Friday 10 May 2013

saat yang hilang

Semakin hampir aku dengan final exam,semakin aku takut dengan kehidupan yang mendatang.Aku takut untuk melalui semuanya sekali lagi.Cukuplah aku kehilangan abah dan seorang kakak.

Masih aku ingat detik itu,tanggal 8 Disember 2009,abah telah pergi menghadap Ilahi.Betul-betul masa tu aku baru sahaja tamat paper SPM dengan kertas ekonomi asas.Rasa bagaikan mimpi abah akan pergi secepat itu.Biasanya abah kalau demam,akan baik.Tapi kali ini,abah demam tak baik-baik dan pergi buat selamanya.Aku baru sahaja merancang dengan kakak aku untuk belanja makan KFC memandangkan duit biasiswa yang aku dapat masih banyak berbaki.Tapi,belum sempat aku buat apa-apa,abah dah pergi dulu.Sedihnya rasa.Saat-saat terakhir aku bersama abah,aku banyak habiskan duit untuk beli makanan dan minuman kegemarannya;air katira pandan dan juga bahagian dalaman ayam.

Beberapa bulan lepas tu,aku lanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Johor.Alhamdulillah...tapi aku takut untuk tinggalkan emak sendiri.Adik beradikku yang lain berada jauh mengikut keluarga masing-masing dan berada di negeri lain.Aku hanya mampu harapkan adik aku yang bongsu untuk menjaga emak dan kakakku yang terlantar sakit sejak kemalangan.

Bulan April 2011,aku tamat di Kolej Matrikulasi Johor.Aku stay seminggu di rumah Kak Long sebelum pulang ke rumah memandangkan rumah kak Long lebih dekat dengan Tangkak.Sebulan aku di rumah,akak aku yang sakit semakin tenat.Mak cakap mulanya hanya demam.Berulang kali mak bawa Kak Azie pergi hospital.Hampir dua minggu,kak Azie minta balik.Selepas di rumah,keadaannya hanya sementara sahaja sihat,selepas itu dia semakin tenat.Buah pinggangnya sudah tidak dapat berfungsi lagi.Sedih rasanya melihat penderitaan yang ditanggung hampir sebelas tahun.

Tanggal 31 Mei 2011 jam 4:30 petang,kak azie pergi menghadap Ilahi.Perginya dia selepas sampai dirumah dengan wayar yang berselirat ditubuhnya.Pernafasannya hanya bergantung pada mesin hayat.Sebelum wayar dicabut,aku tahu dia telah pergi.Berakhirlah penderitaan yang ditanggung selama hampir sebelas tahun ini.


*Alfatihah buat abah,dan kak Azie semoga roh mereka dalam kalangan orang yang beriman.Amin*

Thursday 9 May 2013

Kenangan terindah

Hari ini,10 Mei 2013.Genap 3 tahun aku tinggalkan KMJ.Di situ,semua kenangan pahit dan manis aku lalui.Aku mula kenali dunia luar,siapa kawan dan siapa lawan.Masa mula-mula aku jejakkan kaki di KMJ aku masuk ke kelas A1t9.Aku kenal Mira,Amin,Amalina.Just itu je yang aku ingat.Then aku masuk ke kelas ait2 selepas semua kelas dirombak semula.Dengan nisbah 1:4 maybe,lelaki hanya sedikit berbanding bilangan wanita.Aku mula kenali Amin,Alan,Afiq,Hassan,Izat,ainun,faikah,umu,ana,atyn,Tasha,bella,mira,Huan,eppy,alis,yan,nazira,hafiziatun,wahida kawan sekolah aku from form1 to form 5 and also,aliyaa yang aku kenal dari part 2.
kami dalam kenangan.a1t2 sebahagian shj.
Sebulan kami sekelas,kemuadian Amin quit untuk ke Australia menyambung program matrikulasi juga.Kami semua mula rapat even baru sebulan kami kenal antara satu sama lain.Kalau nak dibandingkan dengan kelas lain,aku rasa kelas yang paling sporting and rapat is kelas a1t2 . Kami banyak habiskan masa bersama saat2 akhir Amin disini.Berjogging,take a picture then buat video.Semua ni idea nakal Hassan,wahida,ainun. Yang tak tahan masa last day Amin.Kami duduk di masjid n tengok video yang dibuat Hassan,wahida n Ainun.Hassan menangis.Yelah,tinggal dia sesorang.Risau tak ada siapa nak ajak dia keluar and lepak sesama.Wahida juga mengalirkan air mata masa bagi ucapan last.Hari perpisahan kami.Yelah,abang Long nak pergi jauh kan?



Masa berlalu dengan pantas,rupanya dah 3 tahaun kami tinggalkan KmJ.Namun kenangan bersama lecturer,kawan2 still segar dalam ingatan.Nak tau,di sinilah aku jumpa nilai persahabatan yang baik.Masing-masing sudah punya komitmen yang tersendiri  dengan perjuangan masing2.




To all my friends,

persahabatan ini
bagaikan sekuntum bunga
yang apabila disiram dan dibajai dengan
nilai kasih sayang
ia akan kembang mewangi
dan tidak akan rebah
menyembah bumi.






Sunday 5 May 2013

dia..

Pagi ini pada jam 1:39 minit pagi tiba-tiba sahaja aku teringatkan si dia.Dia yang aku kenal boleh dikatakan hampir 4 tahun.Kami jarang bertemu,sesekali bertemu dan berbual sekadar di facebook.Dia masih lagi seperti dulu,jika kami berjumpa bertentangan mata,aku akan cuba lari daripada dia.Aku tahu siapa dia.Secara terang-terangan dia mengaku ramai kenalan wanita.Aku tahu juga,banyak kali juga dia kecewa dalam cinta.Termasuk juga dengan kawan sekolah aku dahulu.
aku menulis dari hati

Kini,aku dapat tahun dia akan mula melanjutkan pelajaran peringkat diploma di Shah Alam.Umurnya kini dalam lingkungan 25 tahun.Selepas beberapa tahun menghabiskan STPM dan bekerja baru kini dia berniat untuk kembali menjadi pelajar.Alhamdulillah,sekurang-kurangnya ilmu yang dia dapat nanti akan digunakan untuk tambahan semasa dia bekerja nanti.Semoga dia berjaya.

*Engkau tak tahu siapa aku,tapi aku tahu siapa engkau dalam hatiku*

Saturday 4 May 2013

Jodoh

Masa terus berlalu meninggalkan semalam yang terlalu banyak kenangan.Umur kian meningkat seiring dengan waktunya.Aku kini sudah 21 tahun.Melangkah ke alam dewasa memang cukup mencabar bagi aku.Lebih-lebih lagi bila soal jodoh dibangkitkan.
Jodoh dan pertemuan dua hati.


Ditambah pula dengan kawan-kawan yang sudah melangkah masuk ke fasa yang baru.Ada yang sudah melangsungkan perkahwinan,ada yang sudah bertunang dan ada juga yang sudah punya anak.Alhamdulillah,semoga mereka bahagia dengan kehidupan baru mereka.

Aku teringat kembali semasa di zaman persekolahan,ramai yang bertanya mengapa aku tidak ber'couple'.Jawapan yang aku berikan hanya senyuman.Mereka minta aku cari seorang.Katanya untuk menambah pengalaman.Soalnya,bolehkah cinta dijadikan pengalaman?Pandangan setiap orang berbeza.Jodoh,pertemuan semuanya sudah ditentukan DIA.

Orang kata,cinta bukan boleh datang bergolek di hadapan mata,tapi perlu berusaha.Berusaha bukan dengan sering berdamping dengan lelaki yang bukan mahram di mana sahaja.Tapi berusaha dengan memperbaiki diri.Inn Syaa ALLAH,andai dengan cara itu kita berusaha kita akan dipertemukan dengan si dia yang kita inginkan.

Alhamdulillah,aku kini dalam usaha memperbaiki diri.Usaha ini bukan niat kerana mahu mencari jodoh,tetapi seruan ALLAH telah tiba.Aku kini bertukar imej darii seorang gadis yang hanya memakai tudung ketika mahu berjalan jauh kini memakai tudung ketika di rumah juga.Alhamdulillah,berkat kesabaran.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...