Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Sunday 24 March 2013

Ujian & takdir

Assalamualaikum
Hai,beberapa hari cuti aku sibuk berchatting di laman alamak &chat hour.Semuanya bercerita tentang jodoh.Forst time aku masuk dlm chat hour,topik aku mnjadi perhatian.Perlu ke ber'couple tu?'.
Ada orang yang sukakan topik aku dan menarik minat untuk berbual dan menyukai peribadi aku.
Prinsip yang aku pegang seiring dengan apa yang dituntut oleh islam.Tiada couple dalam islam.Cukuplah dengan aku terima nikahnya.

Benar kata mereka.Cinta itu perlu usaha untuk memilikinya.Tapi bukan usaha dengan memikat si dia.Cukuplah dengan beusaha memperbaiki diri.,Betulkan apa yang perlu.Tunaikan apa yang wajib ditunaikan.Cukupkan apa yang kurang pada diri.

Hidup mati jodoh dan pertemuan itu hanyalah milik Allah.Benar kita manusia yang merancang tetapi Tuhan yang menentukan segalanya.Jangan pula disalahkan takdir dengan apa yang terjadi pada kita.Setiap yang terjadi adalah ujian daripada Allah untuk melihat sejauh mana hambaNYa mampu bersabar dengan dugaan yang diberikan.

Alhamdulillah...setakat ini aku mampu menjalani ujian dengan sebaiknya.



Thursday 14 March 2013

kereta putih

Kereta putih.Sejak peristiwa yang hampir meragut maruah kami semasa di rumah sewa dulu menjadikan aku fobia apabila melihat kereta putih.Biarpun kereta dan empunya kereta dikatakan tidak bersalah langsung dengan kejadian itu.Tidak kisahlah kereta itu jenis dan jenama apa,yang penting sekarang ini aku menjadi takut apabila melihat kereta berwarna putih di depan mata.

Kini,disebabkan peristiwa itu,kami semua berpecah.Tiada lagi persefahaman antara kami.Dulu,setiap kalikami keluar rumah,ada sahaja mata yang memerhatikan kami.Aku takut,perkara yang sama akan berulang lagi.Apatah lagi,bunyi ketukan di dinding atas rumah,menambahkan lagi rasa gerun kami untuk terus menetap disitu.

Aku berharap aku takkan jumpa dia lagi.Biarpun di kampus,atau di mana sahaja.

Tuesday 12 March 2013

Dan kini...

Jadual hari ini pack sangat.Aku berjalan dari pusat hidayah selepas solat asar untuk ke kolej.dalam 7:20 baru aku sampai di bilik.Tingkat tiga di kolej.Letih memaang letih,badan aku pun dah berbelengas.Sungguh tak selesa.Malam pula aku ada meeting untuk persatuan badan kaunselor.Ada program yang akan dijalankan.

Dalam penat,aku nampak dia.Aku menegurnya.Namun hampa kerana  balasannya sungguh dingin.Marahkah dia dengan aku kerana meminta pertolongannya untuk membawakan bukuku 2 buah dari rumahnya.Sedihnya hati ini bila dia katakan,'ambillah.Penat aku bawa buku engkau.'
Berat sangatkah ppermintaan aku ini.
  
Bukannya aku memintanya membawa satu kotak untukku.Aku terlalu penat untuk memikirkannya.namun,semakin aku cuba melupakan,aku semakin ingatkannya.Dia hanya perlu membawa masuk kedalam beg.Lepas itu naik motor dan berikan pada aku.Sedangkan aku?Banyak jalan yang perlu aku lalui.Aku perlu berjalan kaki selama 20 hingga 30 minit untuk ke kolej.Menaiki tangga untuk ke bilik di aras yang paling atas.Semuanya nampak memenatkan.Itulah harga yang perlu aku bayar untuk hidup yang aku lalui kini.Letih.Aku bagaikan mahu pengsan.Langkah ku juga tidak sempurna.banyak beban yang aku tanggung.Ya Allah,kuatkanlah hambaMu ini.

Sunday 10 March 2013

masa terus berlalu.

Alhamdulillah...hhari ini genap umur aku ke -21 tahun.Tak sangka begitu cepat masa berlalu.
Dalam aku sibuk memikirkan masa depanku yang aku inginkan pada  masa hadapan,sahabt-sahabat yang lain mula sibuk memikirkan masa depan mereka bersama pasangan masing-masing.
 
Kebanyakkan sahabt-sahabtku di sini sudah di'book'untuk dijadikan teman hidup.Aku?Entahlah.Buat masa ini,semua tu tidak penting lagi buatku.Bukan aku menyombong atau jual mahal.Tapi,keadaan yang tidak mengizinkan.InsyaAllah....andai ada jodoh adalah.Cinta itu kan fitrah manusia.Tak kisahlah bercinta sebelum atu selepas pernikahan.Semoga hubungan itu akan kekal sehingga ke syurga dan hujung usia.

Saturday 9 March 2013

kami di sini

everything is okey.
kami berenam.Semuanya nampak berjalan dengan lancar.Tiada perkara yang menyakitkan hati.9 of march 2013.kami di Kuala Terengganu.aktiviti percutian yang dirancang sejak kami di semester 1.

Alhamdulillah..

Dia si birthday girl tiada kejutan untuk tahun ini.Ini tahun terakhir kami menymbut birhday setiap ahli kerana kami di tahun akhir.InsyaAllah.Semoga segalanya berjalan dengan lancar berkat keizinanNya.

Tuesday 5 March 2013

biar ia pergi

Assalamualaikum,hai mr.blogger.

Hari ini,aku jumpa dia.Siapa?Bukan lelaki.Dia teman-temanku,yang dahulunya sangat rapat.Sudah berulangkali aku katakan,aku tak mahu fikirkan perkara yang lepas.Perkara yang selalu membuatku mengalirkan air mata.Pedihnya rasa hati langsung itidak aku tanggung.

2 tahun aku disini.Belajar mengenali mereka.Belajar memahami mereka.Dan kesudahannya,aku sendiri yang dibuang jauh dari kehidupan mereka.Siapa aku?Hanya mereka yang mampu tafsirkan siapa aku dalam kehidupan mereka.

Hari ini,ada gap sepanjang hari.Tanpa kelas.Aku terjumpa dia di masjid.Kawan sekelasku bertanya,kenapa dia tak senyum pun pada aku?Aku hanya diam.Sedangkan dalam hati ini,aku hanya mampu menangis.Kejamnya hidup ini.Sedihnya bila dibuat mereka.Jahat sangatkah aku?
Kejam sangatkah aku?Tak berapa lama lepas tu,muncul lagi seorang.Siapa dia?Biarlah segalanya menjadi rahsia.

Dalam kumpulan kelasku,dia tidak rapat kepadaku.Tapi kepada teman kelasku yang lain.
Ya Allah,pedihnya rasa hati.Nyata aku tidak punya nilai bagi mereka.Sedihnya.
Lepas tu dia pergi macam tu sahaja.

Pada masa itu,yang kau fikirkan hanya menangis.namun,selepas segala yang berlaku antara kami,membuatkan aku terfikir untuk melupakan semuanya.Ya segalanya.

Mungkin segalanya bakal hilang dari depan mataku.Namun,luka dan parut itu masih lagi berdarah dan bernanah.

Ya Allah,berikan aku kekuatan untuk memberi kemaafan dan menerima kemaafan.Kerana aku insan yang kerdil di atas muka bumi ini Ya Allah.

Semoga Allah merahmatimu sahabat.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...