Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Tuesday 12 March 2013

Dan kini...

Jadual hari ini pack sangat.Aku berjalan dari pusat hidayah selepas solat asar untuk ke kolej.dalam 7:20 baru aku sampai di bilik.Tingkat tiga di kolej.Letih memaang letih,badan aku pun dah berbelengas.Sungguh tak selesa.Malam pula aku ada meeting untuk persatuan badan kaunselor.Ada program yang akan dijalankan.

Dalam penat,aku nampak dia.Aku menegurnya.Namun hampa kerana  balasannya sungguh dingin.Marahkah dia dengan aku kerana meminta pertolongannya untuk membawakan bukuku 2 buah dari rumahnya.Sedihnya hati ini bila dia katakan,'ambillah.Penat aku bawa buku engkau.'
Berat sangatkah ppermintaan aku ini.
  
Bukannya aku memintanya membawa satu kotak untukku.Aku terlalu penat untuk memikirkannya.namun,semakin aku cuba melupakan,aku semakin ingatkannya.Dia hanya perlu membawa masuk kedalam beg.Lepas itu naik motor dan berikan pada aku.Sedangkan aku?Banyak jalan yang perlu aku lalui.Aku perlu berjalan kaki selama 20 hingga 30 minit untuk ke kolej.Menaiki tangga untuk ke bilik di aras yang paling atas.Semuanya nampak memenatkan.Itulah harga yang perlu aku bayar untuk hidup yang aku lalui kini.Letih.Aku bagaikan mahu pengsan.Langkah ku juga tidak sempurna.banyak beban yang aku tanggung.Ya Allah,kuatkanlah hambaMu ini.

0 surat cinta dari reader:

Post a Comment





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...