Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Tuesday 5 March 2013

biar ia pergi

Assalamualaikum,hai mr.blogger.

Hari ini,aku jumpa dia.Siapa?Bukan lelaki.Dia teman-temanku,yang dahulunya sangat rapat.Sudah berulangkali aku katakan,aku tak mahu fikirkan perkara yang lepas.Perkara yang selalu membuatku mengalirkan air mata.Pedihnya rasa hati langsung itidak aku tanggung.

2 tahun aku disini.Belajar mengenali mereka.Belajar memahami mereka.Dan kesudahannya,aku sendiri yang dibuang jauh dari kehidupan mereka.Siapa aku?Hanya mereka yang mampu tafsirkan siapa aku dalam kehidupan mereka.

Hari ini,ada gap sepanjang hari.Tanpa kelas.Aku terjumpa dia di masjid.Kawan sekelasku bertanya,kenapa dia tak senyum pun pada aku?Aku hanya diam.Sedangkan dalam hati ini,aku hanya mampu menangis.Kejamnya hidup ini.Sedihnya bila dibuat mereka.Jahat sangatkah aku?
Kejam sangatkah aku?Tak berapa lama lepas tu,muncul lagi seorang.Siapa dia?Biarlah segalanya menjadi rahsia.

Dalam kumpulan kelasku,dia tidak rapat kepadaku.Tapi kepada teman kelasku yang lain.
Ya Allah,pedihnya rasa hati.Nyata aku tidak punya nilai bagi mereka.Sedihnya.
Lepas tu dia pergi macam tu sahaja.

Pada masa itu,yang kau fikirkan hanya menangis.namun,selepas segala yang berlaku antara kami,membuatkan aku terfikir untuk melupakan semuanya.Ya segalanya.

Mungkin segalanya bakal hilang dari depan mataku.Namun,luka dan parut itu masih lagi berdarah dan bernanah.

Ya Allah,berikan aku kekuatan untuk memberi kemaafan dan menerima kemaafan.Kerana aku insan yang kerdil di atas muka bumi ini Ya Allah.

Semoga Allah merahmatimu sahabat.




0 surat cinta dari reader:

Post a Comment





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...