Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Saturday 29 June 2013

rencah hidup aku

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak luahkan perasaan.Dua hari aku tak bercakap.Even aku ni memang jenis yang tak banyak cakap,rasa sunyi dan terpinggir tetap ada.Entah hangin apa kawan aku sorang ni.Bangun tidur semalam langsung tak cakap dengan aku.Bila aku tanya pasal subjek entrepreneurship jawab nak tak je.Nama satu bilik,satu programme.Bila dah macam ni aku yang selalu terasa even aku tak tau salah aku ape.Sampai hari ni aku senyap sunyi je.Redha kan ajelah dengan perangai yang tak semenggah tu.
  

Mr M pernah cakap aku ni banyak sangat fikir pasal orang lain.Perasaan sendiri tak pernah nak kisah.Haiyooo...dekat Mr M ajelah aku luah perasaan lepas yang terutama Dia yang lebih tahu.Aku kadang-kadang rasa terpinggir pun ada.Kitorang 1 programme ambil subjek yang same.Tapi bila dia tanya pasal subjek yang tak ada kaitan dengan programme kitorang dekat budak Islamik Banking aku rasa memang aku ni tak wujud.Taulah aku ni jenis yang belajar tak berapa.Sikit-sikit tu aku tahulah even bukan overall.

Entah macam ni punya orang pun ada.Aku dah lah banyak masalah.Ingat dia je banyak masalah.Kalau nak cakap pasal duit,dia kira okey lagi ada abang yang boleh tolong support bila tak ada duit.Aku ni?Kena support family aku even abang and kakak aku dah kerja.Nasiblah aku ni baik hati masa awal2 sem dulu aku tolongg support kawan2 aku ni bila  dorang tak ambil duit lagi.Karang kalau aku minta cakap aku ni tipu pulak .Aku dah rekod semua belanja la.Lastly aku diam je.

Hari ni aku punya baik hati nak tolong belikan lunch.Bukan nak jawab.Geleng kepala tak tengok aku pun.Tak sopan betul.Entah dosa besar apa yang aku buat dekat dia aku pun tak tahu.Malas dah aku nak layan kerenah orang yang tak entah apa-apa tu.Tapi boleh ke aku?Kalau pembaca dengar kisah aku ni apa kata korang ya?


Thursday 27 June 2013

toilet lelaki ke perempuan???

Assalamualaikum...
haila,pagi-pagi tadi masuk toilet je nak marah.Nasib baik aku ni tak ada darah tinggi.Bau yang menyakitkan kepala.Ditambah pula air yang melimpah di sana-sini.Nak tahu apa yang berlaku?Tandas tersumbat.Kalau satu dua aku boleh consider lagi.Tapi bila semua tandas dan shower dalam toilet 1 tersumbat.Mahu hangin kepala aku.Nasib baik hari ni aku tak ada paper.

Entah aku tak boleh nak bezakan ni toilet lelaki ke perempuan.Agaknya kalau tolet lelaki boleh tahan juga la sistem kebersihan yang di amalkan.(ikut pemerhatian).Tak paham aku.Tak pernah-pernah jadi macam ni.Semua ni jadi sejak budak diploma masuk.Bukan niat aku nak salahkan 100% pada student diploma but in reality and the observation la.Entah apa yang diorang sumabat dalan toilet tu aku pun tak tahu.Ada tong sampah tak nak digunakan.Dekat je pon.Tak ada alternative lain dah ke nak buang sampah sampai dalam lubang toilet juga jadi pilihan.Bila diperhati apa yang ada dalam lubang toilet tu,macam-macam ada.nak tergelak pun ada juga.

Lelaki ke perempuan?Dalam toilet ada pencuci muka lagi.Ada jugak yang jumpa tuala wanita.Macam dah tak ada tempat lain agaknya nak buang.Dah la benda tu kotor.Selalu jumpa mesti dalam toilet nombor satu.Sampaikan aku seriau nak masuk toilet no1.Sebabnya kalau aku masuk mesti aku tak boleh tidur malam,rasa macam ada orang tengok aku.

Ni aku terlebih rajin.Kata kawan-kawan aku,bila budak peers dan budak novel mula bersuara....
guna ampaian sebaiknya kita kongsi la.

tunjuk la sikit kita ni
perempuan.
buang sampa di tong sampah.
bukan lubang tandas.


       




ini yang aku buat.Bagi motivasi sikit dekat semua.Tak apa kan,benda elok.

Sunday 23 June 2013

Jerebu vs Exam

gambar apakah ini?
Ni pemandangan KLCC.
huh,satu pun aku xnampak.bayang2 je.

info anda:
Apakah Jerebu?
Jerebu yang kelihatan di latar langit bandar kita disebabkan oleh zarah terampai di dalam atmosfera. Pada kepekatan yang tinggi, zarahan ini terserak dan menyerap cahaya matahari menyebabkan ketampakan mengufuk mengurang menjadikan atmosfera kelihatan pendar baiduri. Jerebu tidak hanya terbatas di kawasan alam sekitar bandar tetapi dicerap juga di luar bandar.
Zarah Jerebu - Asal Kejadiannya
Zarah yang menyebabkan fenomena jerebu berasal daripada pelbagai sumber, antaranya ialah semulajadi dan antropogen. Sumber semula jadi termasuklah lautan, hutan dan permukaan bumi. Walau bagaimanapun kebanyakan zarahan adalah daripada aktiviti manusia seperti pembakaran secara terbuka, pembukaan tanah, pengunaan kenderaan bermotor dan pembakaran bahan api di dalam dandang industri.
(sumber dari:Jabatan Meterologi Malaysia)
kawasan sekitar kolej Gemia
UiTM terengganu.

Gambar di atas ni merupakan kawasan di kawasan Kolej Gemia.Gambar ni ditangkap dari tingkat 3 blok Gemia 1 pada jam sekitar 6:00 petang tadi.Haila...pening sudah kepala ni.KL dan selangor sudah diisytiharkan cuti.Kan best kalau UiTM pun cuti sekali.Sekali juga tangguh tarikh exam yang bakal berlangsung pada 26 June 2013.Tinggal beberapa hari sahaja.

Haila...mimpi sampai ke bulan la cik Bulan ni kan?Tak apa,imaginasi kena tinggi sikit bak kata cik eira azmira. =)


p/s:Doakan saya tenang dalam menjawab peperiksaan nanti ya?Semoga dipermudahkan segala urusan.Aminn..  =D



Thursday 20 June 2013

hobi sebagai kerjaya?

Aku seorang yang banyak hobi.Ni salah satu   hobi aku.mengedit gambar.Gambar ni hak milik eira azmira.Pinjam sekejap nak edit.Macam lukisan kan?

Orang cakap aku ni banyak sangat kelebihan.Alhamdulillah....aku hanya menggunakan kelebihan yang ada dan dianugerahkan Allah ini sebagai jaminan untuk kehidupan aku selepas tamat belajar nanti.Sekarang kan susah nak dapat kerja.Ni,boleh juga dijadikan back-up.

sekian






Posted by Picasa

Monday 17 June 2013

Mimpi Jodoh

"Sudikah awak menjadi teman hidup saya sebagai isteri saya sepanjang hidup saya?"

Huh,terjaga terus aku dari mimpi.Tak pernah-pernah aku mimpi macam tu sekali.Mimpi text mesej dari mr M yang melamar aku dengan text macam tu.Macam betul pun ada juga.4:43 pagi aku terjaga lepas bermimpi pasal benda tu.Tu pun lepas aku balas mesej Mr M yang aku kira agak romantik juga. =)

tiny star shining brights
its time for me to say goodnight
so close your eye and snuggle up tight
im wishing you sweet dreams tonight.
                                         (Mr.M:4.25a.m)

Lepas beberapa minggu aku balas mesej dia.Tu pun lepas rasa bersalah lepas dia hantar mesej macam tu dekat aku.Aku terus teranglah kenapa aku tak reply mesej dia.Then dia faham and suruh aku tidur balik.Kesian agaknya dekat aku lepas aku cakap aku selalu tidur kol 4 sebab nak siapkan assignment.Aku pun tidolah.Dua kali je balas mesej dia then terus pengsan.Sekejap je aku lena dapat mimpi macam tu.Aku terjaga dan tengok balik mesej dia.Nasib baik bukan betul.Kalau betul siap aku.
=)

Siang tu aku cerita dekat kawan aku.Habis aku kena sakat.Dia cakap kalau mimpi sampai 3 kali maknanya dah nampak jalanlah tu.Jodoh dah dekatlah tu.Tanda-tanda awal.Hish,minta simpang la kan.Aku student lagi.Next semester dah final year.Impian dan harapan belum terlaksana sepenuhnya lagi.

Saturday 15 June 2013

MR M merajuk.

Mr.M
Mr.M merajuk sudah.Adoiyai...lemah betul la lelaki merajuk.Ingat aku nak pujuklah tu.Sorry,aku bukan jenis yang reti nak pujuk orang.Lagi-lagi bila lelaki tu tak ada kaitan dalam hidup aku.Lainlah kalau dia tu husband aku kan?Ye tak.

Hah?Kenapa Mr M merajuk?Sebabnya aku tak layan semua sms dia.Tulah,siapa suruh dia mesej aku time aku baru je setengah jam tido.Dah sah-sah aku tak layan.Kalau awal lagi tak apalah jugak.Ni pukul  dua tiga pagi dia mesej.Aku dah la mula busy dengan assignment yang melambak-lambak.

Awak,saye ni student lagilah.Lainlah awak tu dah jadi businessmen.Tak ada siapa nak kisah kalau awak tido ke tak tido.lastly,aku balas mesej dia sekali je.

    Dah tak ada keja lain ea mesej org ppgi buta ni.
   
Mesej dia banyak.
Aku malas nak layan.
Kejam kan??
Direct je aku sound dia.Dia diam terus.Sampai 2 minggu senyap.time aku free aku mesej la dia.Dia tak balas.Pahamlah aku kerja dia.Outstation memanjang.Businessman la katakan!Aku pun malas la nak layan sebab assignment dah berterabur depan mata aku.Nasib baik mata aku tak bengkak sebab dah banyak kali tido kol 4.

Beberapa hari lepas Mr.M mesej lagi.Nak tau kol bape?12:30 pagi.Aku dah pengsan sebab mata aku dah tak larat n ak menghadap buku dan laptop.Berpinar je rase.Ditambah pulak dengan tak cukup tido memang la kan.Dia mesej lagi kol 2:43 pagi.

   Salam awak dah tak sudi dengan saya sye lagi ke?
   Marahkan saya ea...

Tu yang aku malas tu dengan lelaki.Bila dia busy tak balas mesej aku tak apa.Time kita busy sibuk nak kepoh2.Haiya....
saya banyak assignment.
Maaf anda takkan dilayan.

sampai hari ni aku tak mesej dia.Malas la ku nak pujuk dia.N jangan harap jugak aku nak pujuk dia.Bukan ada apa-apa pun dengan aku.Kawan je kan?Aku pun tak pernah nak terfikir ke arah yang lebih dari tu.Pesanan mak aku sentiasa dalam ingatan.Mak cakap hati-hati berkawan dengan orang sana.

Mak,anak mak yang cute lagi baik ni kan tak ada perasaan.Cintan cintun ni dia tak main.Dia main aku terima nikahnya je.Mak carikan boleh???kuikuikui....
Hehe...
Gatal pulak.
Nikah je macam ni kan senang.

Saya yang cute lagi baik.
(perasan)


*Cinta menuju ke jannah*


Thursday 13 June 2013

Malam Dinner Fakulti

Assalamualaikum.Lama rasanya tak pergi program dinner under fakulti.Rasanya last pergi masa part 1 tu pun under program yang di ambil.OPEMS stand for Operations Management.Semalam tema dinner tu Melayu,Tradisional & Moden.Tema yang paling senang nak ikut.inner ni under Fakulti Pengurusan Perniagaan dan perakaunan(FPPP) .Tak payah nak sewa baju-baju bagai.Nasib baik aku ni jenis banyak baju kurung yang ade tiga ciri tu.Senang tak payah nak pinjam or nak glamour sangat even ramai kawan aku cakap aku banyak baju yang lip-lap macam baju mak datin tu.Hui,mulut!

tudung yang digunakan,
cantik kan?murah je 2 helai rm15.
=)

Malam tu aku pakai baju kurung pahang.Fesyen baju.See!Its me,pandai tak ikut fesyen terkini.Siapa bilang gadis melayu tak menawan.Tak payah nak ber'vogue' sangat la kan.Kalau vogue tapi macam sarung nangka tak guna juga.Berpakaian dan berfesyen mengikut gaya Islam.Memang terbaik kan?Baju kurung aku warna lembut.Warna krim kehijauan sikit dengan hiasan baldu.Tak ada lip-lap pon.:)
opss senget pulak.maaf ye



Touching bila senior kami dari part 5  dan Part 6 buat persembahan mewakili OPEMS.Lagu tak tahan,Jangan pisahkan ditujukan buat semua pensyarah.Lagi terbaik bila diorang semua bagi fresh flower dekat semua tetamu VIP dan VVIP(pensyarah dan rektor).Ramai yang puji dioramg.Gambate part 5 OPEMS.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.Aku balik jalan kaki dengan kawan aku lagi 3 orang.Jam 12.01 pagi.Almaklum,AJK kena balik lewat sikit sebab nak kemas dewan.Huargh...=(
Balik,rehat then solat Isya'.Lepas tu kena prepare untuk presentation method analysis pula.Penat tak usah kira la kan.But im enjoy.

kami


roomate
saranghae
=D






Wednesday 12 June 2013

Ujian

Satu persatu ujian yang datang apabila final exam kian menghampiri.Beberapa hari yang lepas salah seorang teman sekuliah telah meninggalkan UiTM.Entah apa masalahnya sedangkan tinggal dua minggu sahaja lagi final exam kian bermula.Rugi rasanya hampir setahun dia bersama kami di sini mengambil jurusan yang sama.

Hendak dikatakan kerana salah faham yang terjadi antara kami tidak juga.Hal tu hanya kerana group assignment yang diberikan dia kepada kami salah dan tidak boleh diterima dek akal.Bukan aku nak mempertikaikan kebolehan dia dan kebijaksanaan dia dalam pelajaran.Tapi sememangnya idea yang diberikan dia memang tidak logik.Assignment yang kami buat berkenaan proses membuat perabut.Capacity management!Logikkah kalau nak dibuat explaination berkenaan perabut then dikaitkan pula dengan keropok lekor.Bila ditegur dikatakan aku ni jahat.Suka marah orang.Entahlah,aku ni tegas.Pantang bila kerja yang diberikan dibuat sambil lewa.

Aku pun silap juga.terlalaluu tegas kot.

Hasilnya pagi tadi masa presentation,"Your report have a problem..."
Nah!Memang sedap dengar kan?Hadoi...kena hentam coz bahagian dia yang paling banyak problem.

Wednesday 5 June 2013

aku dia dan assignment

Lagi beberapa minggu sahaja final exam akan bermula.Makin dekat aku dengan exam,makin serabut kepala aku dengan assignment yang tak akan pernah sepi selagi aku bergelar pelajar.Lagi serabut bila assignment berkumpulan yang dh diagihkan tugas tak siap.Sakitnya kepala bila ade yang jadi parasit dalam kumpulan.Sudahnya aku bersengkang mata hingga ke 4 pagi untuk siapkan tugas orang lain.

Pagi tadi masa di kelas,aku dapat tahu dari ahli lain dia tanyakan assignment dah siap ke?Adoi,sakitnya hati bila dengar.Dia si penumpang,tanpa membuat sebarang kerja mahupun menyumbang idea kepada kami.Then,macam mana dengan markah?Konfem lah dia dapat markah free hasil usaha kami.Dia bukan lagi budak kecik yang perlu disuruh satu persatu.Umurnya lebih tua daripada kami.

Bukan aku tak kesiankan dia.Bila dia buat macam ni rasa menyesal pula ambil dia sebagai ahli kumpulan.Sudahlah kami perlu buat presentation based on report yang dah dibuat.Dia macam mana?apa yang perlu aku buat?

Tuesday 4 June 2013

Kami juga

"Kita kan anak tiri!"

Itulah tanggapan yang seharusnya diberikan kepada kami disini.Terasa bagaikan tersisih dengan keadaan disini.Kami juga manusia.Ada maruah dan persaan.Sakit rasanya dalam hati ini bila kami dibezakan dengan pelajar diploma.Terlalu berbeza layanan yang diberikan oleh staff yang berkhidmat di sini.

Bila pelajar diploma cuti semester,pelajar ijazah yg duduk di kolejterpaksa tanggung sakit.Tiada makanan.Barangkali pelajar degree di sini hanya makan batu dan kayu.Tiada kafe yagng dibuka untuk memudahkan kami makan .Sudahnya ada antara kami yang terpaksa berjalan kaki sehingga 30 minit untuk dapatkan makanan.Sadisnya kehidupan kami di sini.

Terbaru,pelajar diploma sudah mendaftarkan diri.Tiba-tiba sahaja wifi yang selama ini tidak boleh digunakan kerana masalah yang timbul dulu kini mula aktif kembali.Tengok,sakitnya hati.Saat kami dibebankan dengan assignment yang banyak dan due date yang makin dekat.

Entah apalah yang kami lakukan salah di mata orang.Sedangkan kami hanya mengikut seperti yang diminta oleh KPT.Bukan kami yang minta dihantar di sini.Segalanya sudah ditetapkan.Jika tidak suka pelajar degree pun janganlah memusuhi kami sampai macam ni sekali.Kalau susah sangat pergi KPT and say jangan letak pelajar degree di sini.That's easy!

Sunday 2 June 2013

Cinta sampai syurga


"Novel baru ke?"Soal seorang sahabat dari pantai Timur.Teruja sungguh dia lihat cover photo pada Facebook aku.Haha...

Aku si photo editor.Itulah gelaran yang sepatutnya diberikan kepada aku.

Cinta sampai ke syurga.
Hmm,apa kaitannya?Banyak makna yang tersirat sebenarnya pada foto yang aku up di sini.Cinta sampai ke Syurga.Ia bukan hanya kata-kata yang manis meniti di bibir.Aku ingin memaknakan semuanya dalam kehidupanku.

Manusia dan Cinta memang tidak dapat dipisahkan.Sukar untuk dipercayai kini,cinta itu seolah-olah hanya mainan kata.Cinta itu dapat dirasa andai kita tahu menghargainya.

Cinta manusia sering dikaitkan dengan couple.Penting ke couple tu?Aku masih tertanya-tanya sehingga kini.Petingkah couple tu?Tiada siapa yang mampu memberi jawapan yang yakin kepada aku.
Sehingga aku takut untuk bercinta.Its the fact!Sekarang ramai yang bercouple,bercinta tapi bila kahwin dengan orang lain.Ada pula yang bercinta bercouple,Kahwin tapi kahwin hanya untuk seketika.Masya Allah,hilang sudah nikmat cinta itu.Ini hanya pendapat aku.Based on the view.Masyarakat sekarang bukan lagi macam dulu.

Jadi bagai mana cara yang terbaik untuk memaknakan cinta?Bercinta,bercouple,atau perkahwinan?Aku sendiri tidak pasti.Tapi,bagi aku,cara yang terbaik ialah perkahwinan.Perlukah bercouple?Bagi aku tak perlu rasanya.Eloklah bercinta selepas kahwin.Bukan secara serang hendap aje.Solat istikharah itu petunjuk jawapannya.In Syaa Allah,hingga ke Syurgalah cinta hendakNya.


"Jangan pernah berjanji andai ia bakal dimungkiri.
Jangan pernah mengharap kerana aku sendiri belum ketemu jawapan yang hakiki..."

"Cinta berlandaskan nafsu atau kerana Allah?Pilihlah.Ia hak kamu.

Saturday 1 June 2013

pertunangan sahabat.

Alhamdulillah...
sahabatku sudah bergelar tunangan orang pada Ahad yang lalu.In Syaa Allah,dengar khabarnya dia bakal melangsungkan majlis perkahwinannya pada bulan November ini.

Jodohnya sudah tiba.Aku?
Dia sudah bertanyakan kepada aku.Hmm,tiada jawapan lain yang aku berikan.
"Calon Tak ada."Senyum aje aku.
Tak apalah,aku masih lagi bergelar seorang pelajar.Belum tiba masanya lagi untuk aku menjadi sepertinya.

Perjalanan Masih jauh.AKu doakan dia berbahagia sehingga ke hujung usia.
Bercinta sampai ke Syurga Ya Sahabat!

barang hantaran dari pihak lelaki






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...