Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Friday 6 December 2013

Silent!!!

SILENT and OFF PHONE!

Rasa kecil hati dengan seorang kakak membuatkan aku off semua talian. She's never support whatever i've done.Sedihnya,bila dia buat begitu.Aku juga adiknya.Payahnya dia menuruti keinginanku.Permintaan sijil SPM yang dipinta terlalu payah untuk dipenuhi.Rasanya baru kali ini aku meminta bantuannya.Just scan and send to me by email!Is it very hard to fulfill???

Kadang-kadang aku rasa cemburu dengan adik aku.Mudahnya segala permintaannya dipenuhi.Aku?Sudahlah jauh dari keluarga.Tak pernah ditanya khabar aku di sini.Dulu janji bukan main. Bila tak ada duit cakapla...bila nak apa-apa beritahula...Semuanya hanya cakap kosong.Aku benci dengan orang yang sangat suka berjanji.Bunyinya agak kasar.In fact,aku memang rasa sakit hati sangat.Aku suruh buat dari hari selasa.DELAY!DELAY!

Orang kata bila adik beradik ramai, seronok.Hakikatnya aku tak seronok.Aku ada adik beradik 8 orang termasuk aku.Tapi bila minta tolong semuanya berdolak dalih.I'm their sister!Bukan orang lain.Buka orang luar.

Thursday 5 December 2013

kebetulan semata-mata


Assalamualaikum w.b.t
Hai,sejak beberapa minggu ni aku rajin tengok baju secara online.Cantik!Terasa nak beli pun ada.Tapi,tak berapa nak mampu buat masa sekarang.Hujung-hujung semester ni biasalah....kekurangan duit.Assignment pun melambak-lambak.Di tambah lagi kisah Double H dan Adam Hariz yang terbengkalai tanpa diusik dalam simpanan lap top. :D

novel hani humairah.

Nak diikutkan cerita,masa aku sibuk menyelongkar segala notes,terjumpa pula sketch book yang tersimpan segala lukisan aku yang tak berapa nak cantik.termasuklah lukisan ni.Aku rasa ada sedikit persamaan dengan baju yang aku dok ushar tu.Wah,hampir sama!Secara kebetulan
okey.                                    



Maklumlah aku ni kan gatal.Tangan tak reti dok diam.Kalau tak   menulis aku melukis.Macam-macam yang keluar dalam otak aku ni.Aku tunjuk dekat kawan aku diorang pun kata sama."Mira,kau lambatlah.Tengok!"Kata kawan aku a.k.a adik yang sebaya aku.

Aku pun terdiam kejap.Memang hampir sama.So,sekarang siapa yang tiru siapa?Aku?Memang tak la kan sebab aku baru nampak baju tu sejak sekian lama.
Baju yang aku ushar.cantik kan?

adelah sikit persamaan.

Dan pemilik baju yang cantik tu pun tak salah sebab memang bukan salah dia.Aku pun tak pernah tunjuk dekat sesiapa pasal design tu.Segalanya tersimpan rapi dalam simpanan rahsia aku.

Next,aku ni memang salah bidang ke?Sampai sejak segala rahsia bakat terpendam aku terbongkar,ramai kawan-kawan sekelas yang mula menempah design dengan aku.How come?Aku tak pandai menjahitlah sayang.


































Tuesday 26 November 2013

Miss You Guy

Malam ni kebosanan melanda diri sedangkan yang lainlain sibuk menyiapkan assignment dan memikirkan tempat untuk praktikal untuk semester depan.

Aku?Sedihnya rasa.Masa seakan cepat berlalu.Selepas ini segalanya bakal berakhir.Aku terpaksa tangguhkan untuk menamatkan pengajian kerana masa dan masalah yang mendatang.

Adda,Niesa & Lin.Mereka yang aku temukan semasa di awal pertemuan dan semester pertama lagi.Aku bakal rindukan mereka.Kawan,kakak dan keluargaku sehingga kamu digelar geng Aku lempang Kau.Biar pahit kenangan yang tercipta antara kami,segalanya tidak akan aku lupakan tentang mereka.Sis,I'm gonna miss you all.

Siti,Qhis,Eja,Zati.Biarpun perkenalan kita singkat.Banyak memori yang tercipta antara kita. Kamu semua adik-adikku biarpun kita semua sebaya.Aku tak akan lupakan gelaran Kak Long yang paling baik tu.

Benarlah,jika 1000 tahun kita kenali dia
Belum tentu dalam masa itu kita dapat memahami dia.
Persahabatan,kasih sayang
tidak mengenal batas waktu untuk mengasihi antara kita

 

Wednesday 23 October 2013

mereka keluarga baruku

Assalamualaikum w.bt
Alahai dah pertengahan sem rupanya.Cepatnya masa berlalu.Baru rasa bahagia bersama roomate baru.Si Qhistina,Siti Zaleha dan Adda.Mereka adik-adikku even we are from the same age.A got a new title.Kak Long.How sweet they are. ^^

"Kak Long tolong ironkan baju."
"Kak Long,tolong ambilkan sos."
"Kak Long tolong buatkan air.hauslah."

Aku hanya mampu tersenyum dengan telatah mereka.Kadang2 dalam tengah marah pun boleh ketawa lihat perangai mereka.Gaduh2 sayang.Since mereka tau aku menulis,cepat je  Qhis dan siti warning pada aku."Miera,kau jangan buat cerita macam tu.Aku tahu kau buat,siap kau!"Dalam gurauan.Semuanya terjadi sejak mereka tonton cerita Cinta Jannah.Aku pun tak tahu mengapa.

"Hei,minta maaf dekat kak Long sekarang!"Kata Adda.Juga dalam gurauan.Dunia baru.Aku langsung tak pernah kecil hati.Even kasar macam mana pun mereka.

Malam ni mereka ada test.dalam tengah serabut,aku sengaja usik mereka.
"apa lagi aku nak bawa ye?"
"bawa apa.test je."
"Hish"
"Slip test tak nak bawa ke?"kataku.Siti kata,"slip test,ada pulak."
"habis tu.sibuk tanya.kad matrik,slip test."
"Dah la mira.malas aku layan kau."
aku tersenyum."bye2 adik-adikku."


Buat mereka,all the best aku ucapkan.

Miera,





Saturday 19 October 2013

kek coklat oren versi cik miera

Assalamualaikum w.b.t.

Baru je lepas sambut hari raya Aidiladha.Alhamdulillah...kawan2 ada yang berkorban?Tumbang lembu berapa ekor?Hehe..
Miera raya lepas tak sempat buat kek.Bukan tak sempat sebenarnya.Bahan-bahan tak beli pun.Bila tak buat ramai pula yang bertanya.'miera tak buat kek?'Abang iparku yang nombor 2 tanya.'Miera tak buat kek?'kakak iparku pula yang tanya soalan yang sama.'sara makan sampai habis kek Miera.'Alahai,kesiannya anak buahku yang sorang lagi tembam,lagi comel tu.Kakak ipar miera tanya lagi.'Miera guna coklat ke koko?'Jawabnya koko.

Sedap ke?Sedaplah kot,sampai raya Aidilfitri dulu 8 buku buat habis.Alhamdulillah..berkat ilmu yang mak turunkan.Dan secara automatik mak dah hadiahkan oven dekat rumah pada miera.Adik-beradik yang lain bukan guna pon.Miera je guna,dari membazir kan?
Kek apa?Kek coklat oren.Nak tahu resepi?Boleh... :D

Bahan-bahan:

2 cawan margerin
2 cawan gula halus
8 biji telur gred c
2 cawan tepung kek
6 sudu tepung gandum
serbuk koko (ikut kemahuan sendiri sukatannya)
perasa oren(miera guna sunkist je)
1/2 cawan susu pekat

cara:
1.pukul margerin dan gula sehingga kembang dan putih gebu.
2.masukkan telur sebiji demi sebiji.selang selikan pukulan dengan masukkan telur.
3.masukkan tepung kek dan tepung gandum sedikit demi sedikit.
4.bahagikan adunan kepada dua untuk 2 perasa dan pewarna yang berbeza.(koko dan oren)
5. 1 adunan dimasukkan serbuk koko.Jika anda suka pekat letakkan banyak sedikit.Jika adunan menjadi sedikit likat n keras masukkan susu pekat.
     1 adunan lagi gunakan untuk perasa oren.
6.masukkan adunan ke dalam loyang.selang selikan warna coklat dan oren .(tips mak miera gunakan sesudu demi sesudu untuk nampak cantik.tak payah ratakan nanti dia rata sendiri.)
7.bakar pada suhu 180' selama 45 minit.(Lihat selalu untuk elakkan hangus.Kalau nak tahu masak ke tidak,ambil lidi satay n cucuk pada tengah kek.kalau kering maknanya dah masak.)

ok,selamat mencuba. :D









Tinta Buat Dia


Tinta buat dia
ku persembahkn dari hati.
biarpun sakit yang aku rasa
hati ini masih tak mampu untuk membenci

tinta buat dia
dia yang kau pernah kuanggap sahabat
biar hati pernah terluka
selamanya kusimpan sebagai kenangan
semoga kau berbahgia dengan kehidupanmu.



Thursday 10 October 2013

i'm fashion disaster

Assalamualaikum w.b.t
Salam pagi,salam ceria untuk hari Jumaat ni.Alhamdulillah,dah hari jumaat .Hari ni i'm going back to Kota Tinggi untuk cuti pertengahan semester.Rindunya dekat mak.Rindu juga pada si kecil ,anak buah paling bongsu(setakat ni) Nur Qisha Qaisara.

Dalam sibuk mempacking pakaian untuk dibawa pulang,Miera ternampak pula cardigan purple yang baru dibeli.Terfikir pula cardigan tu nak pakai ke tidak.Maklumlah,Miera kalau ke kelas selesa pakai yang simple.Lagi2 bila tak ada mood nak iron baju kurung.Tiap kali ke kelas Miera yang paling menonjol pada pandangan kawan2.Miera ni fesyen disaster.Senang je jawapan yang miera bagi.Mana tidaknya,baju kurung sepasang kadang-kadang bukan Miera pakai sepasang terus.Baju kurung miera kenakan dengan dress labuh.Kain dia kan panjang.Kan jimat tak pakai iron kain dia.Kalau tak ada banyak baju kurung buatlah macam miera.Hehe..
Baju kurung miera macam ni.
Gedik kan tak nak pakai sepasang,
Pinjam pic dekat en.google
Long dress Miera.
Pinjam jugak dekat en.google.
Lain kali Miera up yang betul.

ni bukan cardigan purple miera.
pinjam je dekat en.google.
Cardigan miera labuh melepasi punggung.
^_^

Lepas ni mesti gempak.Haha..simple.tapi kawan2 cakap glamour kamu.Wah,lagi2 bila dikenakan dengan shawl yang bermotif or tudung.

Tengok,siapa cakap wanita bertudung tak tahu berfesyen.Boleh je nak berfesyen asalkan jangan melanggar hukum.Islam tu kan suci.^_^

Okeylah .Miera nak bersiap.Lain kali jumpa lagi.Assalamualaikum w.b.t


Saturday 5 October 2013

How annoying

Assalamualaikum w.b.t

Semalam ke Mesra Mall Terengganu kerana ada program bersama peers under persatuan Peers UiTM Terengganu.Peserta yang terlibat dalam program ni ialah Peers Degree yang mostly merupakan part 5 kerana ketiadaan junior & pelapis baru.



Aktiviti yang dilakukan ialah bowling.Most of us tak pernah main bowling.Aku pula antara manusia yang tak pernah sentuh bola bowling lalu penyumbang kepada kekalahan team kami yang disertai Adda,Qhis & Siti.Bila dah kalah tak tahu nak buat apa.Lastly kami ke karaokae.6 orang share duit sewa bilik karaoke.Kami enjoy nyanyikan lagu-lagu lama dan baru dari Backstreet Boys,Beast,Ainan Tasnim,Najwa Latif, dan banyak lagi.Kalau nak diikutkan  rasanya bilik kami yang paling hot sebab paling kuat n rancak.


But how annoying bila service di sini kurang memuaskan.Tak faham aku bila sesetengah peniaga kalau tak ikhlas nak layang customer tak payah buat bisnes.Lepas main bowling aku pergi ke tempat jual makanan dalam bowling center tu.Niat nak tambah order di layan macam tak nak.Boleh pula marah aku dan Adda.

 Kronologi:
Adda:Akak nak beli wafer peanut+coklat.
Penjual:Diam(tulis then buat wafer)
Aku:Akak nak tambah order,butter +peanut.
Penjual:(Diam.)
Wafer customer lain dah siap then serah pada dia.
Aku:(cakap lagi sebab tadi takut tak dengar)Akak nak tambah lagi.Wafer peanut+butter.
penjual:Tadi?(nada marah).Peanut 1,coklat 1.
Adda:bukan.Tadi saya order peanut campur coklat.Kawan saya ni order peanut campur butter.
Penjual:(buat muka)

How Annoying!Aku menyampah kalau ada orang macam ni.Masa tu aku rasa nak je cancel order semua.Baru padan muka dia.Tak boleh ke layang customer tu elok sikit.Kalu berniaga tak ikhlas baik tak payah.Buat sakit hati diri sendiri ,buat sakit hati orang lain.



Thursday 3 October 2013

hobi baru




kad 1


kad2



Wednesday 18 September 2013

Pesan Mak

Waktu begini kawan-kawan mula sibuk bercakap tentang perkahwinan.Almaklum masing-masing bakal menamatkan dunia kampus tak lama lagi.Tak sabar rasanya menempuh alam pekerjaan.Ada pula yang kata akan berkahwin selepas grad.Alhamdulillah...lebih elok begitu.Tak perlu menunggu lama-lama.

Tentang aku pula,entahlah.Jodoh masih belum sampai.Duduk di tempat orang memberikan aku pengalaman.Pelbagai kerenah dan ragam manusia yang aku kenal.Aku teringat si dia.Aku ceritakan perihal si dia kepada mak.Kami tak pernah declare.Tapi aku selalu ingatkan pada diri aku 'adakah dia jodoh aku?'Bila dia menyepi aku sudah mula bosan.Apabila malas aku juga akan menyepikan diri di saat dia juga menyepikan diri.Malam ni dia menyepi kembali.Katanya sejak dia menyepikan diri dulu sehingga 2 bulan kerana ada masalah.Pada masa yang sama aku juga dilanda stress yang hebat.Sebagai pelajar,aku stress dengan masalah kawan dan pelajaran.

Aku pun malas mahu bertanya lanjut.Biarlah dia dengan masalahnya sendiri.Aku tidak mahu memberi dan menaruh harapan yang tinggi.Antara kami biarlah masa yang menentukan.

Kata mak,dia menerima siapa sahaja jodoh aku.Asalkan aku dijaga dengan elok seperti mak dan arwah abah menjaga dan mendidikku.Tapi kata mak,biarlah jodoh aku datang dari dan berasal dari negeri sendiri.Negeri johor.Lebih dekat dengan keluarga.Kerana semua keluargaku menetap di negeri Johor.


Ruang

Hakikatnya kehidupan,semakin lama kita berkawan dengan mereka.Semakin kita tidak kenali siapa dirinya dan apa yang di mahukannya.Dia lelaki.Yang sudah setahun lebih aku kenali.Perkenalan kami secara tidak sengaja.Dan tanpa sengaja dan tanpa disedari ,setiap kata-katanya memberi inspirasi dan harapan kepadaku.

Siapa aku di matanya?Orang yang terpentingkah?Orang yang disayangi?Sehingga panggilan sayang diberikan buat diriku.


Tuesday 27 August 2013

Aku cinta

Assalamualaikum wbt.
Rasanya dah lama pemilik blog menyepikan diri.Miera pun sibuk belajar.Ambil intersesi di uitm shah Alam.Baru semalam berakhirnya peperiksaan.Esok pula akan pulang ke Johor.Selepas itu,minggu selanjutnya akan pulang semula ke UiTM Terengganu untuk semester 5.Ah,letihnya!Perjalanan yang panjang.

Petang-petang begini,teringat pula kata-kata seorang kakak yang aku kenal semasa intersesi ini.Katanya,"Tak perlu mencari cinta si dia,sebab cinta si dia akan datang dengan sendiri.Kalau kita yakin,baik,sentiasa bermuhasabah diri ,In Shaa Allah kita akan temukan dia.


Aku tak mencari cinta seorang lelaki hanya kerana nafsu.AKu mencari cinta lelaki yang boleh membawaku ke jalan yang benar.Mengikhlaskan diri menerimaku menjadi makmumnya untuk seumur hidup.Menjadi seorang muslinmah yang sejati.


Biarlah rasa cinta itu datang dengan sendiri.Andai ada redha Ilahi pasti akan terjadi.
Cinta itukan janji Allah kepada setiap makhluk ciptaanNYA.


Friday 26 July 2013

Time to Forget It





Dengar lagu ni buat aku teringatkan dia. Dia yang menghilang tanpa berita. Sudah 3 minggu dia menyepi.Seolah-olah sengaja menyepikan diri dari aku. Di mana janji yang dia tabur pada aku?Di saat hati ni sudah boleh menerimanya dengan baik .

Saya akan lupakan awak.Terima kasih kalau selama ni awak jujur .Tapi kalau awak bukan macam tu,semoga Allah balas semuanya.

Tuesday 9 July 2013

Marhaban Ya Ramadhan

maaf ye.xperasan pulak salah ejaan.
error typing menyambut ye.bukan menyambuat.

Assalammualaikum w.b.t.
Alhamdulillah...Ramadhan datang lagi.Aku diberi kesempatan lagi menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini.Cuma tahun ni,aku tak ada peluang nak sambut Ramadhan dengan emak disebabkan aku sibuk dengan final exam dan jauh di negeri pantai timur.Entah adik-beradikku yang lain balik tak sambut Ramadhan dengan mak di rumah.Harap-harap baliklah ,boleh juga hilangkan kesunyian emak di rumah.Abah dan kakak aku dah tak ada.Selalu kalau mereka berdua masih ada pasti Ramadhan akan disambut dengan meriah.Teringat pula pada abah yang tak lokek membeli juadah untuk berbuka.Especially,air katira hijau yang menjadi kegemaran kami bersama.

Ini kali ke dua aku sambut Ramadhan di tempat orang.Dulu di matrik aku tak sempat nak balik sebab tak ada cuti yang panjang.Kali ni aku berpuasa di Dungun.Entah bagaimana pula rasanya.Jika dulu di matrikulasi,meriah dengan bazar Ramadhan di depan kolej F.Teringat pada kawan-kawan yang yang rapat.Selalu berbuka bersama.Sudah jadi rutin kami untuk makan bersama dan menjadi ikutan pada kelas-kelas yang lain.

Kalau berbuka,juadah yang jadi pilihan aku nasi ambang.Nasi ambang yang terbaik.Berbaloi Rm4:50.Boleh makan sampai 3 orang.Aku selalu share dengan romate aku masa tu.Nasib baik romate aku ni jenis tak kisah pasal makan dan sememangnya dia memang suka makan. Rindu pulak masa tu.Sekarang masing-masing ada kehidupan sendiri di tempat dan kampus masing-masing.

Monday 8 July 2013

kek o...kek

    

yum yum...terliur tak tengok kek ni?Sedap hingga menjilat jari kan?teringin pulak nak makan kek dekat bulan ramadhan ni.Dah lama rasanya lidah aku tak merasa keenakan kek.hish terliur pulak.Kalaulah ada yang nak tolong buatkan.Kalaulah ada yang nak sponsorkan.Hehe...berangan pulak cik Maira ni kan?Maklumlah...saya nak buat tak ada tempat nak bakar pulak.Duduk dalam hostel la katakan.Lagipun aku  buat kek biasa-biasa je pon.Kek pelangi.Tak apa,nanti lama-lama pandailah.Saya dalam proses belajar lagi.Korang ada???

Saturday 29 June 2013

rencah hidup aku

Assalamualaikum...

Hari ni aku nak luahkan perasaan.Dua hari aku tak bercakap.Even aku ni memang jenis yang tak banyak cakap,rasa sunyi dan terpinggir tetap ada.Entah hangin apa kawan aku sorang ni.Bangun tidur semalam langsung tak cakap dengan aku.Bila aku tanya pasal subjek entrepreneurship jawab nak tak je.Nama satu bilik,satu programme.Bila dah macam ni aku yang selalu terasa even aku tak tau salah aku ape.Sampai hari ni aku senyap sunyi je.Redha kan ajelah dengan perangai yang tak semenggah tu.
  

Mr M pernah cakap aku ni banyak sangat fikir pasal orang lain.Perasaan sendiri tak pernah nak kisah.Haiyooo...dekat Mr M ajelah aku luah perasaan lepas yang terutama Dia yang lebih tahu.Aku kadang-kadang rasa terpinggir pun ada.Kitorang 1 programme ambil subjek yang same.Tapi bila dia tanya pasal subjek yang tak ada kaitan dengan programme kitorang dekat budak Islamik Banking aku rasa memang aku ni tak wujud.Taulah aku ni jenis yang belajar tak berapa.Sikit-sikit tu aku tahulah even bukan overall.

Entah macam ni punya orang pun ada.Aku dah lah banyak masalah.Ingat dia je banyak masalah.Kalau nak cakap pasal duit,dia kira okey lagi ada abang yang boleh tolong support bila tak ada duit.Aku ni?Kena support family aku even abang and kakak aku dah kerja.Nasiblah aku ni baik hati masa awal2 sem dulu aku tolongg support kawan2 aku ni bila  dorang tak ambil duit lagi.Karang kalau aku minta cakap aku ni tipu pulak .Aku dah rekod semua belanja la.Lastly aku diam je.

Hari ni aku punya baik hati nak tolong belikan lunch.Bukan nak jawab.Geleng kepala tak tengok aku pun.Tak sopan betul.Entah dosa besar apa yang aku buat dekat dia aku pun tak tahu.Malas dah aku nak layan kerenah orang yang tak entah apa-apa tu.Tapi boleh ke aku?Kalau pembaca dengar kisah aku ni apa kata korang ya?


Thursday 27 June 2013

toilet lelaki ke perempuan???

Assalamualaikum...
haila,pagi-pagi tadi masuk toilet je nak marah.Nasib baik aku ni tak ada darah tinggi.Bau yang menyakitkan kepala.Ditambah pula air yang melimpah di sana-sini.Nak tahu apa yang berlaku?Tandas tersumbat.Kalau satu dua aku boleh consider lagi.Tapi bila semua tandas dan shower dalam toilet 1 tersumbat.Mahu hangin kepala aku.Nasib baik hari ni aku tak ada paper.

Entah aku tak boleh nak bezakan ni toilet lelaki ke perempuan.Agaknya kalau tolet lelaki boleh tahan juga la sistem kebersihan yang di amalkan.(ikut pemerhatian).Tak paham aku.Tak pernah-pernah jadi macam ni.Semua ni jadi sejak budak diploma masuk.Bukan niat aku nak salahkan 100% pada student diploma but in reality and the observation la.Entah apa yang diorang sumabat dalan toilet tu aku pun tak tahu.Ada tong sampah tak nak digunakan.Dekat je pon.Tak ada alternative lain dah ke nak buang sampah sampai dalam lubang toilet juga jadi pilihan.Bila diperhati apa yang ada dalam lubang toilet tu,macam-macam ada.nak tergelak pun ada juga.

Lelaki ke perempuan?Dalam toilet ada pencuci muka lagi.Ada jugak yang jumpa tuala wanita.Macam dah tak ada tempat lain agaknya nak buang.Dah la benda tu kotor.Selalu jumpa mesti dalam toilet nombor satu.Sampaikan aku seriau nak masuk toilet no1.Sebabnya kalau aku masuk mesti aku tak boleh tidur malam,rasa macam ada orang tengok aku.

Ni aku terlebih rajin.Kata kawan-kawan aku,bila budak peers dan budak novel mula bersuara....
guna ampaian sebaiknya kita kongsi la.

tunjuk la sikit kita ni
perempuan.
buang sampa di tong sampah.
bukan lubang tandas.


       




ini yang aku buat.Bagi motivasi sikit dekat semua.Tak apa kan,benda elok.

Sunday 23 June 2013

Jerebu vs Exam

gambar apakah ini?
Ni pemandangan KLCC.
huh,satu pun aku xnampak.bayang2 je.

info anda:
Apakah Jerebu?
Jerebu yang kelihatan di latar langit bandar kita disebabkan oleh zarah terampai di dalam atmosfera. Pada kepekatan yang tinggi, zarahan ini terserak dan menyerap cahaya matahari menyebabkan ketampakan mengufuk mengurang menjadikan atmosfera kelihatan pendar baiduri. Jerebu tidak hanya terbatas di kawasan alam sekitar bandar tetapi dicerap juga di luar bandar.
Zarah Jerebu - Asal Kejadiannya
Zarah yang menyebabkan fenomena jerebu berasal daripada pelbagai sumber, antaranya ialah semulajadi dan antropogen. Sumber semula jadi termasuklah lautan, hutan dan permukaan bumi. Walau bagaimanapun kebanyakan zarahan adalah daripada aktiviti manusia seperti pembakaran secara terbuka, pembukaan tanah, pengunaan kenderaan bermotor dan pembakaran bahan api di dalam dandang industri.
(sumber dari:Jabatan Meterologi Malaysia)
kawasan sekitar kolej Gemia
UiTM terengganu.

Gambar di atas ni merupakan kawasan di kawasan Kolej Gemia.Gambar ni ditangkap dari tingkat 3 blok Gemia 1 pada jam sekitar 6:00 petang tadi.Haila...pening sudah kepala ni.KL dan selangor sudah diisytiharkan cuti.Kan best kalau UiTM pun cuti sekali.Sekali juga tangguh tarikh exam yang bakal berlangsung pada 26 June 2013.Tinggal beberapa hari sahaja.

Haila...mimpi sampai ke bulan la cik Bulan ni kan?Tak apa,imaginasi kena tinggi sikit bak kata cik eira azmira. =)


p/s:Doakan saya tenang dalam menjawab peperiksaan nanti ya?Semoga dipermudahkan segala urusan.Aminn..  =D







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...