Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Sunday 19 May 2013

siapa dia di hatiku

Pagi khamis yang lepas,dia  menghantar mesej kepada aku.Katanya minta aku untuk temankan ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan anak saudaranya di Shah Alam.Aku kata tak mahu kerana cuti aku hanya dua hari.Perjalanan dari Dungun ke Kuala Lumpur pula mengambil masa 1 hari.Penat.Dia masih berusaha setelah aku katakan tidak.Then dia cakap boleh bawa kawan.Nanti boleh ganti drive.Aku hanya tersenyum membalas kata-katanya.Hanya pesanan ringkas yang menghubungkan aku dengan dia.Dia cakap lagi,kalau tak nak penat naik flight.Huh,semata-mata mahu bertemu dengan aku sanggup menghabiskan duit untuk naik flight.

Aku tak mahu menyimpan harapan yang tinggi terhadap dia.Kini sudah setahun aku mengenali dia.Tapi aku tak pernah sekali pun berjumpa dengan dia.Seingat aku,dia kini berumur 29 tahun.Dan aku berusia 21 tahun.Begitulah jarak usia kami.Dia sering mengambil berat terhadap aku.Aku sendiri tidak pasti siapa kau di matanya.Entahlah.Pintu hatiku masih belum terbuka untuk menerima sesiapa di dalam hatiku.Aku hanya berserah kepada yang Maha Esa.Hanya Dia yang selayaknya menentukan semuanya untuk aku.In Syaa Allah,seandainya ada jodoh antara aku dia Alhamdulillah.Jika tidak,aku terima dengan sebaiknya.

LovEJaNnah with Eira azmira

0 surat cinta dari reader:

Post a Comment





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...