Dreams are renewable. No matter what our age or condition, there are still untapped possibilities within us and new beauty waiting to be born.

-Dale Turner-

Friday 10 May 2013

saat yang hilang

Semakin hampir aku dengan final exam,semakin aku takut dengan kehidupan yang mendatang.Aku takut untuk melalui semuanya sekali lagi.Cukuplah aku kehilangan abah dan seorang kakak.

Masih aku ingat detik itu,tanggal 8 Disember 2009,abah telah pergi menghadap Ilahi.Betul-betul masa tu aku baru sahaja tamat paper SPM dengan kertas ekonomi asas.Rasa bagaikan mimpi abah akan pergi secepat itu.Biasanya abah kalau demam,akan baik.Tapi kali ini,abah demam tak baik-baik dan pergi buat selamanya.Aku baru sahaja merancang dengan kakak aku untuk belanja makan KFC memandangkan duit biasiswa yang aku dapat masih banyak berbaki.Tapi,belum sempat aku buat apa-apa,abah dah pergi dulu.Sedihnya rasa.Saat-saat terakhir aku bersama abah,aku banyak habiskan duit untuk beli makanan dan minuman kegemarannya;air katira pandan dan juga bahagian dalaman ayam.

Beberapa bulan lepas tu,aku lanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Johor.Alhamdulillah...tapi aku takut untuk tinggalkan emak sendiri.Adik beradikku yang lain berada jauh mengikut keluarga masing-masing dan berada di negeri lain.Aku hanya mampu harapkan adik aku yang bongsu untuk menjaga emak dan kakakku yang terlantar sakit sejak kemalangan.

Bulan April 2011,aku tamat di Kolej Matrikulasi Johor.Aku stay seminggu di rumah Kak Long sebelum pulang ke rumah memandangkan rumah kak Long lebih dekat dengan Tangkak.Sebulan aku di rumah,akak aku yang sakit semakin tenat.Mak cakap mulanya hanya demam.Berulang kali mak bawa Kak Azie pergi hospital.Hampir dua minggu,kak Azie minta balik.Selepas di rumah,keadaannya hanya sementara sahaja sihat,selepas itu dia semakin tenat.Buah pinggangnya sudah tidak dapat berfungsi lagi.Sedih rasanya melihat penderitaan yang ditanggung hampir sebelas tahun.

Tanggal 31 Mei 2011 jam 4:30 petang,kak azie pergi menghadap Ilahi.Perginya dia selepas sampai dirumah dengan wayar yang berselirat ditubuhnya.Pernafasannya hanya bergantung pada mesin hayat.Sebelum wayar dicabut,aku tahu dia telah pergi.Berakhirlah penderitaan yang ditanggung selama hampir sebelas tahun ini.


*Alfatihah buat abah,dan kak Azie semoga roh mereka dalam kalangan orang yang beriman.Amin*

0 surat cinta dari reader:

Post a Comment





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...